Tuesday, June 29, 2010

The Best Time of My Life

Woooo..! Fuhh..! Hard time tue
Proud to be one of the students in Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa!
I was in SMPT from 1998 - 2002
Glad to trace some of missing friends in Facebook
So many unforgettable memories during my student life at SMPT
Miss lotsa things
SMPT has taught me how to live my life to the fullest
De wonderful moments that we have shared during our school days, the crushes, the fights and everything those are the sweetest n de most valuable memories that are still treasure in my mind
Funny but when I studied there, I experienced a lot of nostalgic moments.
Fun, exciting, sad, thrilling and awesome moments!
Being caught by the discipline teacher, ran from the prefects and teachers, cheating and yes it was FUN!!!
I can still remember the smell of the food in the canteen!
The laksa and nasi lemak are the best!!
I couldn't find the same exquisite taste ever!!
I can still remember the morning assembly, the rushed to canteen during recess also again the rushed home, of course after school
To all of my friends, thanks for coming into my life and for giving me the pleasure to be part of your memories
We do keep in touch and occasionally chill, talk about the past and move on with our current life.
What can I say is that this is a great school
To all my lovely friends out there, please know that I really really miss you guys
Will there be another reunion for all the SMPT girls?
Keep in touch!
Love u girls forever

Monday, June 28, 2010

Buat Dia Yang Tersayang


Siapakah yang tahu betapa sayangnya dia pada aku? mungkin hanya Aku
Bukan kerana ucapan “Luv You”, “Syg You” atau “Miz You” darinya
Segala kegembiraan, kesedihan dan masalah akan ku kongsikan bersamanya
Dia sahabat, teman dan pendengar yang setia
Sentiasa ada bersamaku tidak kira masa
Ketika aku sibuk dengan kerja dan tugasan pejabat
Dia sangat memahami dan mengambil berat

Kami berkenalan melalui internet bermula sekitar 2003/2004
Masih aku ingat lagi, kami memulakan detik-detik perkenalan di ICQ
Zaman semakin moden dan kami menyambung pula ke MSN
Pada masa itu, “Friendster” adalah antara yang diminati selain dari “Myspace”
Yang pasti dia adalah salah seorang dari rakan-rakan aku

Sepanjang proses pembelajaran aku di kolej swasta, kami kerap berchatting
Mungkin juga berpanjangan dari pagi sehingga ke lewat petang
Pantang melihat status “online”agaknya
Banyak topik yang kami bualkan, yang pasti proses pengenalan diri adalah yang utama
Diikuti dgn topik-topik sampingan yang lain

Dia pada mulanya agak pendiam dan kurang berkata-kata
Mungkin juga tidak tahu apa yang harus ditanyakan atau dibualkan
Bagi aku yang sudah dianugerahkan dengan kepetahan bercakap
Tidak akan membiarkan ianya begitu seperti tiada apa-apa
Pasti ada saja yang akan aku tanyakan pada dia

Dia juga seperti tidak beremosi dan tidak aktif berkata-kata, hanya aku
Baginya jika ditanya, dia hanya perlu menjawab tanpa mengembangkan lagi topik itu
Mungkin juga dia sudah biasa dengan situasi begitu

Setelah lama mengenalinya, bagi aku dia biasa-biasa saja
Tiada yang menarik perhatian aku cuma
Yang aku tahu dan pasti, dia seorang yang suka pada muzik
Ayat yang tidak pernah aku lupakan sehingga sekarang
“Gitarnya perlu minum milo agar lebih aktif dan sihat”

Selepas aku tamat pelajaran di kolej swasta dan menyambung ke peringkat lain
Dan aku mula bekerja, kami tidak lagi berhubung
Kami sudah tidak berhubung untuk jangka masa yang agak lama
Tanpa disedari ianya makan bertahun-tahun

Aku juga lupa bagaimana dan bila agaknya kami bertukar nombor telefon
Sedang aku membelek-belek hp ku, aku terpandang namanya
Ringan sungguh jari ku menaip perkataan untuk menghantar SMS padanya
Tujuan aku cuma ingin bertanyakan khabar
Setakat 2 atau 3 kali sahaja kami berbalas SMS
Dan boleh dikatakan jarang sekali kami berSMS

Boleh dikatakan minimum 3 kali setahun sahaja kami berhubung menerusi SMS
Ingat lagi aku pada pertama kali menelefon dia
Sewaktu dia berada di airport dan akan berlepas ke Taiwan
Itulah kali pertama dan terakhir aku bercakap dan mendengar suaranya

Masa berlalu begitu sahaja tanpa aku sedari
Perkenalan ku dan dia seperti tiada apa yang tinggal
Hanya la sekadar penyinggahan ketika masih remaja
Dan mungkin juga telah aku lupakan

Entah bagaimana tanpa di sangka aku dapat berhubung dengannya lagi
Kali ini SMS kami bukanlah separuh jalan seperti dulu
Semakin rancak dan secara perlahan-lahan SMS telah menghubungkan kami

Awal tahun 2009, kami menyambung apa yang telah kami mulakan dahulu
Berchatting seperti dulu cuma kali ini kami juga berSMS
Tambahan pula, kami berdua juga telah bekerja dan mempunya karier masing-masing
Rutin harian tetap berjalan seperti biasa
Kami semakin rapat dan yang pasti kami juga rajin berbual di MSN
Boleh dikatakan hampir setiap hari
Kami mengenali diri masing-masing dan bertukar pendapat

Dia begitu berbeza dan tidak seperti dahulu
Pandai menyambung kata-kataku dan pandai juga berjenaka
Yang pasti minat dia pada muzik tidak pernah berkurangan
Sifat dirinya mula menyerlah dengan perubahan pada dirinya
Yang ku rasakan berbeza dan jauh lebih baik dari dahulu

Ketika aku mengalami kemurungan akibat tekanan kerja dan putus cinta
Dialah tempat aku mengadu dan luahkan segalanya
Dirinya yang sentiasa memberi semangat, nasihat dan sentiasa bersamaku
Ku rasakan diriku begitu serasi dan dialah teman rapatku ketika itu

Selepas putus cinta, aku sudah berjanji untuk menghambakan diriku seorang diri
Tanpa teman rapat yang bergelar lelaki kerana aku merasa cukup letih
Dengan apa yang terjadi, telah membuatkan diriku tawar hati
Maka tertutup sudahlah “Hatiku” ini untuk seorang lelaki

Dia sudah ku anggap sebagai teman baikku dan tidak lebih dari itu
Kami berchatting setiap hari, berSMS dan kadang-kadang berbual di telefon tanpa rasa bosan
Hari demi hari kami semakin rapat dan akrab dan hubungan kami juga baik
Dicampur pula dengan topik-topik dan juga gelak tawa yang pasti menghiasi hari-hari kami
Walaupun hanya menerusi alam maya

Serapat mana pun diriku dengan dirinya, aku tidak merasa apa-apa
Aku suka berbual dengan dia tetapi tiada langsung rasa sayang yang mungkin lebih dari itu
Dia hanya ku anggap sebagai teman dan tidak pernah mengaharapkan lebih dari itu
Apatah lagi untuk jatuh cinta dengan dia kerana diriku sudah berjanji utk tidak mebuka hatiku lagi

Berbulan-bulan lamanya kami sebegini dan hari demi hari kami mengenali hati budi masing-masingTanpa di sangka, dia mula mengorak langkah dengan kata-katanya yang ku rasakan ganjil
Bersikap begitu manja dan romantis
Kata-katanya begitu manis tetapi tidak sedikit pun aku berfikiran lain
Dia mula meluahkan perasaan sukanya pada aku
Dan aku masih lagi dengan janjiku hanya berpura-pura tidak merasakan apa-apa
Keras sungguh hatiku ini kerna tidak memberi peluang padanya

Hati ku ingin mencuba tetapi entah mana telah aku campakkan kunci hatiku ini
Dia yang semakin mesra dan tidak pernah jemu mencuba untuk mengambil hatiku ini
Ingin sahaja aku jauhkan diri daripadanya, jauh dari hidupnya

Mana mungkin kami bersama, dia di singapura dan aku pula di malaysia
Oh! Tidak mungkin itu terjadi dan aku memujuk diriku supaya tidak terpedaya
Demi Tuhan, aku tidak pernah mengharapkan hubungan ini rapat sebegini
Apatah lagi untuk membuatnya suka dan jatuh cinta dengan diriku

Siapa tahu, aku sedikit demi sedikit belajar untuk menerima cintanya
Tidak ku sangka, aku juga suka padanya
Perasaan yang hadir secara tiba-tiba tanpa aku memaksanya
Dari “I” dan “U”, kami menambah dengan “Syg” dan “B”

Kami jalani hubungan ini dengan tenang dan pernah juga memikir semula tentang semuanya
Pada bulan puasa 2009, entah apa mimpinya telah bertanyakan pelbagai soalan
Bertalu-talu juga pertanyaan dan itu jugalah yang terlintas di fIkiran ku selama ini

Kami merasa bahgia dan tatkala dia mengucapkan kata-kata manis
Aku turut merasa bahgia walaupun di benak kepala kami mempunyai
Bermacam-macam soalan yang tiada jawapannya
Kami mengambil keputusan untuk berterusan sebegini
“Teman tapi mesra dan istimewa” itulah status hubungan kami yang tegantung
Dan akan mencapai kata sepakat setibanya aku ke sana


Panggilan telefon, SMS dan MSN setia jadi penghubung bila kami berjauhan
Kepercayaanku dijaga oleh kesetiaannya. hari-hari biasa yang tak diduga juga
Aku selalu dihujani dengan kata-kata manis, pujian dan ingatan yang tak dijangka
Penampilanku yang tak seberapa sentiasa dipuji dan dihargai
Walau aku rasa diri serba kekurangan, dia tak pernah mengakui
Buat aku sentiasa rasa ada tempat bermanja
Kasih sayang dari seorang teman dan kekasih dalam dirinya sangat2 dirasakan
Dimanja seperti budak kecil dan disayangi.. betulkah dia bf ku?
Sangat prihatin dengan kesihatan diriku dan masalah kerja yang ku hadapi

Ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun pulang ke rumah
Dia pasti akan SMS ku dan kadang-kadang kami akan bergilir-gilir “Call”
Berbual-bual di waktu malam sehingga berjam lamanya

Betapa aku merasakan diri ini di hargai dan dicintai
Walaupun kami berjauhan, kami merasa seperti dekat
Berhubung setiap hari tanpa jemu, berbalas MSG tanpa rasa penat, berchatting tanpa rasa ngantukSemuanya indah dan tidak pernah kami tinggalkan semua itu walaupun sehari
Jika sehari tidak berhubung, rasa seperi sunyi dan kosongnya hidup ini
Padahal itu semua kan tanda kasih sayang kita?

15 Mac 2010, tarikh yang tidak dapat aku lupakan
Pertama kali berjumpa dengannya, aku tidak merasa terkejut
Malu-malu juga walaupun sebelum ini kami sangat mesra
Maklum la baru pertama kali berjumpa
Aku bermain-main mata dengannya ketika dia berdiri di depanku dan aku duduk di dlm MRT
Menuju ke City Hall, destinasi pertama kami
Sesampai di sana, tanganku di pegang erat olehnya
Lupa bagaimana ianya bermula tapi kehangatan tangannya sangat mendamaikan
Rasa seperti selamat berada disampingnya.. Sedang asyik aku dengan kamera digitalku
Berjalan-jalan sambil memegang tangan yang semakin erat dan susah untuk dilepaskan
Rasa sangat bahgia dan aku dapat membiasakan diriku dengan dia
Gelak ketawa, bergurau senda dan melihat dirinya tersenyum sudah membuatkan diriku bahgia
Hadiah “ADRIANNA” sebagai permata hati kami aku terima darinya dengan senyuman

Tak sabar rasanya hendak pulang cepat ke rumah dan berjumpa dengan dia
Janji pukul 1.30 am tapi sampai kesudah kami berjumpa kira-kira pukul 2.30 am
Ku fikir tidak akan berjumpa dia lagi lalu menangis sedih.. Malu!
Saat paling bahgia bila kami berpeluang discuss mengenai hubungan kami
Duduk berdua, rapat dan pelukan erat darinya sambil rasa sunyi yang menemani kami
Memaksa dirinya bergambar denganku adalah sesuatu yang menyeronokkan
Banyak yang kami bualkan dan kami mengharapkan yang terbaik bagi hubungan ini
Ketika dia berkata “Kita teruskan as steady bf and gf” dan “I sanggup”
Sebelum melepaskan diriku, kami berpelukan dan ianya adalah spontan
Dia mencim pipi kiri, pipi kanan dan dahiku berulang kali
Aku membalasnya sebelum mencium tangannya..

Susah untuk aku melepaskan malam indah kami
Tidak ku duga sama sekali.. Apakan daya aku juga merasakan begitu
Tidak ku sangka dia yang begitu lama berkawan dengan ku adalah cinta hatiku
Yang berjaya membuka pintu hatiku dan memberi ruang dalam dirinya untuk diriku
Agar dia dapat memanjakan, menyayangi dan mencintai diriku

Sanggup ku datang ke sana berseorangan semata-mata berjumpa dia
Ambil cuti dan tawakal agar tiada apa-apa yang terjadi
Niatku telah aku khabarkan pada mama
Dengan izin mama jugalah aku dapat ke sana
Pengorbanan ini sebenarnya tak seberapa

Kalau nak dibandingkan rasa sayangku pada dirinya
Betapa bertuahnya aku!
Kerana Allah anugerahkan bf dan kawan yang sebegitu
Alhamdulillah, Ya Allah aku bersyukur padamu
Kerana membuka hatiku dan menemukan kami
Berada jauh darinya membuatkan diriku sangat merinduinya
Teramat sangat dan rasa cinta dan sayang kami begitu kuat
Semuanya kelihatan OK tanpa sebarang masalah
Apa yang boleh aku katakan kami semakin rapat

Dia semakin rajin SMS ku, CALL diriku setiap kali lunch time
Hampir setiap hari dia akan CALL diriku
Mendengar suaranya sahaja sudah cukup bahgia
Kerna itu sahaja yang dapat kami lakukan untuk terus berhubung

Ketika bershopping di KLCC bersama teman, aku bercadang untuk membelikan hadiah
Sempena status baru hubungan kami
Sebotol perfume CK utk kami berdua dan aku bercadang untuk courier sahaja

Ku fikir panas sampai ke petang rupanya petir dan guruh di tengah hari
Akhir bulan April 2010, dia mula sibuk dengan remedial training dan juga kerjanya
Pada mulanya hubungaan kami masih OK dan masih seperti biasa
Setelah 3 minggu, dia sudah jarang menghubungi ku
Rasa rindu dan risau kenapa dia tidak membalas msgku
Katanya terlalu BZ dan tidak sihat kerana demam, batuk dan juga selesema
Ku kuatkan hatiku dan aku yakin dia memang benar-benar BZ
Rasa kasihan juga dengannya tapi aku masih juga tidak berpeluang untuk bercakap dengannya

Pada May 2010, aku telah ke sana buat kali kedua tanpa di duga
Atas sebab rindu yang teramat sangat, risau dan juga untuk menghantar perfume padanya
Selama 3 hari disana, kami cuba untuk berjumpa tetapi tidak kesampaian
Akhirnya dapat juga kami berjumpa pada awal pagi pada hari sama aku pulang ke KL
Ku menunggu dengan rasa debar seolah-olah tidak pernah berjumpa
Mungkin juga terlalu gembira kerana sekejap lagi dia datang
Lalu aku sibuk bermain SUSHI game di dalam hp ku bagi menghilangkan rasa debar ini
Aik! Dia tiba tanpa ku sedari dan aku setelah melihat mukanya, hanya 1 yang dapat aku katakan
“Lega sangat-sangat melihat muka My B dan terus rasa rinduku terubat seketika”
Tidak mesra, itulah yang aku boleh katakan
Dia di hadapan, aku dibelakang.. Kalau jalan sebelah pun tidak serapat dulu
Seperti ada yang tidak kena dengan kami
Mungkin juga dia penat dan ketika inilah aku mengambil peluang untuk merenung muka My B

Rasa sayu dalam hati bila melihat wajahnya
Dan aku seakan-akan merindui My B yang ku jumpa pada Mac yang lepas
Ketika makan, air mataku mula menitis perlahan-lahan
Ku cuba tahan dan berlindung supaya dia tidak nampak aku bersedih
Dia dapat menghidu bahawa aku tidak OK tetapi aku tetap kata OK
Dia cuba menarik tanganku tetapi gagal
Aku tidak mahu dia melihat aku bersedih apatah lagi menangis
Bukan untuk menagih simpati atau pun kasihan dari dia

Ketika dia mula memegang tanganku, ku hanya mampu melihat
Rasa terkejut dan perasaan dulu kembali semula
Aku hanya mampu besyukur kerna dia masih ingin memegang tanganku
Di dalam taxi kami hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa
Mendengar dia terbatuk-batuk membuatkan aku rasa susah hati
Ingin sahaja aku lakukan sesuatu agar dia berasa lega

Setelah sampai di Tanjung Pagar Railway Station
Dia duduk menemani diriku
Sementara menunggu train sampai, kami sempat lagi berbual sampai erat berpegangan tangan
Bermain-main dengan jarinya adalah yang paling aku suka
Dan dia hanya mampu membiarkan dirinya diperlakukan sebegitu

Aku memintanya agar menuliskan sesuatu untuk diriku
Tujuannya ialah sebagai penganti dirinya agar aku rasa tidak keseorangan
Dia sesungguhnya tidak suka aku berbuat begini
Terlalu risau sehingga sanggup datang jauh untuk bertemu dia
Dia mesan padaku dan bekata “Kalo I tak msg U, tak bermakna I tak ingat & sayang U”
Dia sungguh sibuk dan penat dengan kerja dan training
Akhirnya aku terpaksa merelakan dia pulang lebih awal kerana masalah kesihatan
Tidak sanggup membiarkan dia begitu
Ciuman yang biasa-biasa saja dari dia dan tangannya ku salam sebelum aku menolak dia pergi
Waahhh! Sedih rasanya dan aku agak sedih dan menitiskan air mata
Aku patut bersyukur walaupun sekejap tapi bermakna

Ku fikir hubungan akan kembali OK setibanya aku di KL
Tetapi ianya masih sama
Dia masih lagi tidak sihat dan yang pasti dia tetap akan bekerja dan training seperti biasa
Ku harungi bulan May sendirian.. Kadang-kadang terdetik hati ini kenapa dan mengapa?
Entah mana silapnya, hubungan kami tidak seperti dulu
Kurasakan diriku ini seperti orang asing bagi dirinya
Msg dan email jarang dibalas, Call jarang di jawab
Lalu aku menyibukkan diriku ini dengan kerja-kerjaku agar tidak merasa bosan

Sejak dia sibuk, aku merasa seperti diriku dilupakan untuk seketika
Tiada SMS, CALL ataupun balasan email dari dia
Dia juga jarang online dan aku sukar untuk berhubung dengannya
Apa lagi yang aku boleh lakukan dengan hanya terus mencuba dan mencuba
Semua cara untuk berhubung yang selama ini kami lakukan seolah-olah telah terputus
Walaupun aku tidak pasti adakah dia menerima semua msg, email dan panggilan dariku
Tidak salah untuk aku terus mencuba
Kadang-kadang aku merasa seperti aku telah mengganggu hidupnya
Mengkongkong dirinya dan selalu sahaja membebankan dirinya
Terdetik juga dalam hati bagaimana dia boleh membiarkan aku begitu lama tanpa menghubungiku.. Jika dulu, dia tidak dapat hidup jika tidak berSMS dengan ku
Adakah apa yang dikatakan sebelum ini masih sama
Aku TIDAK PERNAH MELUPAKAN setiap kata-katanya yang pernah dia katakan padaku melalui SMS ataupun ketika berchatting.. Semuanya telah aku simpan dalam memori kepalaku ini
Apakah tiada sesaat atau seminit pun untuk bertanya tentang diriku? Siapakah aku?

Arini, 23 June 2010
Sudah lama aku tidak mendengar suaranya.. terasa rindu yang teramat rindu aku padanya
Ingin aku nangis tapi tiada air mata yang mampu keluar kerana hati saja yang dapat merasa
Hanya Allah saja yang tahu kerana Allah lagi Maha Mengetahui
Mama sentiasa memberi nasihat dan pendapat yang positif
Mama yang sudah tahu hubungan aku dan dia, telah memberi restu ke atas kami
Mama tidak menghalang malah mendoakan yang tebaik kerna mama tau aku sayang dia
Sentiasa memahami diriku dan mama juga la pengganti baba dan juga sebagai kawan bagi anak2nya


Jika ditolak dan di tambah sudah hampir 3 bulan juga hubungan kami begini
Mengapa aku masih boleh bertahan dan bersabar menunggunya?
Kerana aku percayakan dirinya walaupun dia jauh dariku
Kerana aku mehamami dirinya yang sibuk dengan kerja dan juga jadual padat rutin hariannya
Kerana aku sayang sangat padanya dan hubungan cinta kami
Kerana aku masih mengharapkan yang terbaik dalam hubungan ini
Kerana aku masih boleh bersabar dengan kerenahnya dan ujian Allah
Kerana aku percaya sabar itu separuh dari iman dan Allah pasti tahu bahawa aku mampu mengharungi smua dugaan yang diberikan olehnya dan inilah tanda Allah sayangkan diriku
Kerana aku tahu dia masih mengingati, merindui, menyayangi dan mencintaiku
Kerana aku tahu rasa sayang, rindu, cinta dan hatiku ini hanyalah untuk dia
Kerana aku tahu semua ini akan berakhir tidak lama lagi dan hanya kesabaran yang aku perlukan
Kerana aku tahu aku perlukan dia dalam hidupku kerana aku sayangkan dia
Kerana aku lebih percayakan kata-katanya dari orang sekelilingku

B..
I sunyi bila U tak ada.. Walaupun I ada kawan dan family..
Sebab U adalah bf dan kawan rapat I yang dulu selalu dengan I
Dulu I ada baba tapi sekarang hanya dengan U je I boleh cakap macam-macam
Walaupun U tak boleh gantikan tempat baba tapi sebenarnya U dah ambil peranan baba
Dari dulu I tak pernah lupa untuk cerita semua yang terjadi setiap hari dalam hidup I
I berkongsi masalah, suka duka dan segalanya dengan U
U la tempat I mengadu tiap-tiap hari tanpa U sedari
U adalah sebahagian dalam hidup I dan antara yang paling penting
Entah kenapa sejak kite jarang berhubung, I merasakan kite tak seperti dulu
Tak semesra dulu dan agak pelik bila I sendiri berasa takut dengan U
Tak tahu kenapa.. Mungkin I merasakan sejak kebelakangan ini U bersikap dingin dengan I
Kadang-kadang I terasa hati dan sedih bila U buat I macam ni dan mengabaikan diri I
Tapi I tak berani nak cakap sebab I tak nak hanya perkara kecik kite gaduh
Dan I tak nak U fikir yang I suka fikir bukan-bukan tentang U
I terlalu sayangkan U dan hubungan kite dan sebab itulah juga I hanya mendiamkan diri
U tau tak yang I terlalu rindukan U.. Lebih-lebih lagi nak talk on the phone dengan U macam dulu
Nak bual-bual, ketawa dan kongsi cerita dengan U
I cuba untuk memahami diri U dan kesibukan kerja U
Dan seboleh-bolehnya I tak nak langsung U fikir yang I ni menyusahkan U

Untuk menghilangkan rasa rindu kat U, I selalu baca balik semua history yang I masih simpan bila chatting dengan U kt MSN..
Dari awal tahun 2009 hingga la sekarang ni
Dari dulu I akan salin semua SMS yang U pernah hantar kat I
Dan I akan baca smuanya semula berulang kali
Jika dibandingkan, memang terlalu banyak perubahan sekarang ni
Kite dah tak seperti dulu mase hangat bercinta
Sekarang hubungan kite macam suram
I tak tahu mane silap I dan I dh cuba cari tapi I tak tahu

I ada buat salah ke? Buat U marah? Rasa terkongkong?
I dah pernah bagitau U
Kalau nanti U jumpa sesesorang yang boleh sayang U lebih dari yang I boleh bagi
Yang boleh berada dekat dengan U
Yang boleh jaga diri U bila U tak sihat
Yang boleh memahami diri U lebih baik dari I
Dan U sayangkan dia dan bahagia dengan dia
I akan relakan diri I untuk lepaskan U
Untuk seseorang yang LEBIH BAIK DAN BAGUS dari I

Bukan niat I untuk ganggu hidup U
Apatah lagi nak susahkan dan bebankan diri U
I cuma minta perhatian dari U
Cukuplah kalau U mampu bagi sedikit mase U untuk I
I cuma nak U terima I seadanya jika I ada kekurangan
Terima I dalam hidup U
Kalau family I boleh terima U dalam hidup dorang
Dan restu dorang sentiasa ada untuk kite
I harapkan I juga bole diterima oleh family U
I bukan muda lagi dan harapkan hubungan kite ni berpanjangan sampai bila-bila
I rindukan kite yang dulu
Hati, sayang dan cinta I cuma untuk U
U orang pertama yang cium I
Dan hanya U je yang boleh

Buat MY B yang tersayang, You know who you are
I love you more than anything & everything, you are my life, my sunshine, my star
Thank you for loving me with all your heart
I always pray each day for our love to become stronger and that we never be apart
Please know that i appreciate everything you did and I appreciate YOU
My Love for you is so deep, My Love for you is true
I'm so lucky to have you and you make me feel that i'm the happiest gf
I love you so very much, i want to spend with you the rest of my life!
Created on 23-6-10 8.25pm – 12.50am