Sunday, August 8, 2010

Dugaan Syaaban

Syaaban akan berakhir dan Ramadhan bakal tiba beberapa hari lagi
Tidak dinafikan pelbagai dugaan di hadapi
sepanjang bulan syaaban kali ini
Namun berkat kesabaran, usaha, solat dan
doa yang tidak putus-putus
Semuanya dapat di hadapi dengan baik

Kata orang 'berdoalah pada Allah sebanyak mana pun yang kita mahu kerna Allah amat suka pada hambanya yang berbuat sedemikian'
Memang benar tetapi perlu ingat ia juga perlu di sertai dengan usaha dan amalan-amalan yang wajib jangan pula dilupakan
Berserah dan bertawakal setelah kita berusaha

Alhamdulillah, dugaan yang mira hadapi bertemu juga dengan jalan
Jalan sentiasa ada cuma kita saja
yang perlu bijak membuat keputusan
Bulan syaaban banyak mengajar mira untuk lebih banyak bersabar
Memang susah pada mulanya
Tapi percayalah Allah sentiasa bersama kita

Sesukar mana pun masalah yang kita hadapi
Sentiasa la senyum walaupun pahit untuk ditelan
Percayalah ianya dapat mengurangkan lagi beban
Perjalan yang masih panjang

Ku bersyukur dengan apa yang yg aku ada sekarang ini
Syukur atas apa yang Allah berikan