Tuesday, July 20, 2010

Cinta Tidak Semestinya Memiliki

Malam yang sungguh sunyi sepi. Ditemani angin dingin malam. Malam yang cantik bagiku. Masa untuk berehat dan inilah masa yang sesuai untuk bersama dgn family dan orang tersayang.

Ketika ini,aku duduk sendirian di luar rumahku. Ku heret sekali laptop dan MP3 kesayanganku. Melihat langit yang terbentang luas, sudah cukup membuatkan hati ku tenang. Sekali sekala mendongakkan kepala ke langit dan memuji ciptaannya. Syukur kerna aku masih mampu melihat dunia ciptaan Allah.

Mendengar lagu kesukaan ku berulang kali sambil menulis blog yang ku rasakan sudah lama aku tinggalkan. 

Apa yang ku rasakan ketika ini? Sendirian, sedih, hati berbelah bagi, hilang semangatku dan tiada apa yang waras dapat aku fikirkan. Berbulan lamanya aku merasakan ini semua dan ku simpan rapi dan rapat dalam diriku sehingga memakan diriku sendiri.

Aku seorang manusia biasa yang serba kekurangan. Tidak sempurna sifat ku dan sentiasa melakukan kesalahan. Bukan aku minta untuk jadi begini tapi inilah hidup yang telah Allah tentukan bagi diriku.

Seorang hamba yang hanya mampu berusaha dan berdoa untuk mendapatkan kehidupan yang terbaik di dunia dan di akhirat kelak.

Tak pernah terfikir olehku
Tak sedikit pun ku bayangkan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

Begitu sulit ku bayangkan
Begitu sakit ku rasakan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

Dibawah batu nisan kini
Kau telah sandarkan
Kasih sayang kamu begitu dalam
Sungguh ku tak sanggup
Ini terjadi kerna ku sangat cinta

Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan
Selamat jalan kasih

Satu jam saja ku telah bisa cintai kamu, kamu, kamu di hatiku
Namun bagiku melupakan mu
Butuh waktuku seumur hidup
Satu jam saja ku telah bisa sayangi kamu di hatiku
Namun bagiku melupakan mu
Butuh waktuku seumur hidup

Aku hanya mampu melakukan apa yang terdaya. Berusaha dengan sungguhnya. Mengharapkan yang terbaik dalam apa jua yang aku lakukan.

Telah aku curahkan kasih dan sayang aku pada kamu. Aku sanggup menunggu kamu seberapa lama mana pun. Telah aku cuba untuk memperbaiki apa yang kurang. Telah aku cuba ikhtiarkan sesuatu tetapi aku GAGAL.

Semoga kamu tidak terlambat untuk memahami dan mengingati apa yang telah cuba aku lakukan dan aku katakan pada kamu selama ini.

Kerna harapan aku cuma 1. Aku lakukan semua ini dengan ikhlas dan sepenuh hatiku. Tiada paksaan. Aku cuma mahu kamu faham dan bukalah hati dan minda kamu agar kamu bisa lihat apa yang ada di hadapan kamu sebelum semuanya terlambat bagi kamu.

Tiada yang kekal di dunia ini. Hanya kamu yang mampu mengubah hidup kamu.